Monday 5 May 2014

Setahun

 18 April 2014.
Nahdan dah setahun.
kek buah-buahan untuk Nahdan :)

  1. Gigi masih empat batang.
  2. dah boleh menatih.. setapak dua. 
  3. berat 9.4kg. Tinggi 74cm
  4. bila nak apa2, dia akan tunjuk sambil sebut 'aaahhh aahh'
  5. perkataan selalu disebut 'mama'.
  6. masih takut dgn vaccum. suka main cak cak.
  7. dah boleh bye bye dan high five.
  8. dah faham arahan bila suruh ambil barang sendiri.
  9. suka main bola. siap menyepak lagi, guna kaki kiri.
  10. suka makan... good boy~



Tuesday 22 October 2013

5 bulan


  1. Berat = 8.3kg Tinggi=65cm   BMI=19
  2. Suka masukkan jari dalam mulut, siap jolok lagi tu. then, nak termuntah. bertuah betul.
  3. dah pandai meniarap dan seperti yang dijangka. meniarap sekejap je kemudian nangis tak pun dia pusing badan ke posisi baring. badan berat ler..tak larat meniarap lama2. ni ada potensi skip meniarap terus duduk ni. ehhh bukan kena merangkak dulu ke?
  4. takde buaian, memang payah nak tido. umi memang tak larat nak henjut masa dukung. senget pinggang nanti. masukkan dalam carrier je la jawabnya. (ni situasi ketika berjalan jauh dan bermalam di sana)
  5. nahdan kena selesema kali ke-2. kali ni siap batuk dan demam sekali. 
    • Selesema kali ni tak lama. antibodi selesema dah ada. cuma batuk tu je siap berkahak. Kesian tengok nahdan. kali ni umi buat tepukan percussion untuk nahdan. alhamdulillah kali pertama buat, banyak hingus yg keluar. kali kedua, lagi banyak dan umi dah mahir sikit. 2 kali je sempat sebab dah balik kampung di saratok, Sarawak. Di sana, abi belikan ubat cairkan kahak (Rhinatiol 2% for children, sama dgn ubat yg KPJ Ampang bagi masa nahdan 2 bulan) untuk nahdan. dos 1ml 2 kali sehari. tapi umi pun kadang2 lupa nak bagi. alhamdulillah kahak nahdan berkurang dalam masa 3 hari. maybe sebab di kampung tu panas, nahdan berpeluh banyak. kahak pun tak jadi nak bertambah. hehe
  6. nahdan yang pemurah senyuman, jadi 'gilaan' gadis2. haha
  7. Nahdan dah boleh duduk tapi belum boleh seimbangkan badan betul2. anytime je boleh tumbang.
  8. dah boleh capai hujung kaki. asyik nak menghisap kakinye tu. gimnastik betul. 
  9. penghunjung 5 bulan, dah pandai sebut 'mmmmm ma!'. especially masa nak tido atau nak nyusu. bunyi merajuk dia. comel je bila nahdan ketip bibir. hehe
kakak bermain dengan nahdan (di rumah atok Kabong)

Wednesday 18 September 2013

Finally SSC sleeping dust is working for him


Umi thinks Nahdan is not suitable to be carried in a ring sling. Senget badan umi lepas tu. so, here Nahdan is sleeping for the first time is a Soft Structure Carrier (SSC) Merak buckle-less (ring-tai) by NeezaNeedles.

Umi was thinking to buy another SSC which is lighter or a wrap maybe.. now still scanning which one to buy.

4 bulan

BMI

  • dah start menghisap barang2..
  • ingatkan lepas cuti raya 2 minggu, payah le nak bagi nahdan susu botol. Alhamdulillah, pengasuh mudah nak bagi dia susu botol. seminggu umi train balik guna botol, asyik menggigit puting je, siap tolak guna lidah. pastu ada masa nak pulak susu botol. ikut mood dia le tu.
  • Nahdan dah kurang nak muntah susu. sebelum ni bila lepas nyusu je, mesti muntah.
  • ketembaman nahdah semakin terserlah. betul2 shin chan la.
shin chan pipi senget
  • masa pi klinik kesihatan, ramai ler geram tgk dia. nurse2 pun terkejut je.. bila tgk BMI, nahdan dan dekat dengan border line terlebih berat. hehe tp nurse kata, disebabkan nahdan susu badan sepenuhnya, so, tak pe..
  • berat 7.8kg panjang 62cm
  • tangan dah makin rancak mencapai barang2.
  • dah pandai meniarap tapi kita yang kena bantu sikit. mungkin sebab badan besar kot, tu yang tek berapa rajin nak meniarap. lagi nahdan ni suka dipegang duduk. dah besar la konon. bila bagi baring, kepala dia asyik diangkat-angkat.
  • Senang betul nak bagi nahdan ketawa. penggeli la orang bilang. geletek je dia ketawa. tambah lagi masa mood tengah baik, lagi kuat dia ketawa.
  • Nahdan ramai peminat. hehe dah budak comel lagi montel. Kadang-kadang umi bawa juga Nahdan ke sekolah.
  • Tidur malam, alhamdulillah Nahdan tak banyak ragam. Nahdan senang sikit nak jaga berbanding kakaknya dulu. mungkin sebab umi tak larat nak dukung Nahdan lama-lama...
  • Tapi ada masa di rumah pengasuh, Nahdan akan menangis lama. Kesimpulan yang umi boleh buat ialah Nahdan ni sangat manja dengan umi. serius.
  • Yang bagusnya, Nahdan tak takut orang. Dia nak dengan semua orang. Macam kakaknye dulu.
  • Umi masih belum mula pakaikan Nahdan Cloth diaper (CD). Koleksi CD memang dah banyak, tapi nak guna tu tak dimulakan lagi. Ye la start dari tak da air di ampang aritu.. kemudian dah malas pulak nak guna. 
  • Ruam pun senang naik. terutama di leher. iye la, leher duk tersembunyi je. hihi Umi guna sabun tropika tu macam tak sesuai. Umi tukar balik ke sabun teddie baby.
  • Bekas gigitan nyamuk pun payah nak hilang. kulit sensitif.
steady je hero ni kan..

Saturday 24 August 2013

Jaundis

Nahdan didapati jaundis masa hari ke-5  sewaktu nak maklumkan dah bersalin pada klinik kesihatan KLIA. Disebabkan dah sampai klinik, terus buat check-up nahdan dan umi skali. Nurse nampak Nahdan dah mula kuning, ambil darah lagi di kaki. 

Di bawah ni adalah kronologi mengambil darah Nahdan. Rasa terkilan jugak la sebab kena datang setiap hari.. buat diri tak tenteram je.

22.4.2013 183.4 gmol/l
24.4.2013 207.7 gmol/l
25.4.2013
26.4.2013 213.8 gmol/l
29.4.2013 212.2 gmol/l
2.5.2013  202.4 gmol/l

dalam tempoh 14 hari pertama, memang akan ada turun naik bacaan bilirubin.

8.5.2013   176 gmol/l
disebabkan nahdan sudah dikategorikan sebagai prolong jaundice, doktor suruh hantar darah nahdan ke hospital seremban untuk uji fungsi hati. ujian ni untuk lihat samada kuning disebabkan hati bermasalah ataupun jaundis susu ibu.
direct (fungsi hati ) + indirect (susu ibu)

22.5.2013 dapat keputusan prolonge jaundice bagi direct + indirect = 119 gmol/l
pecahan untuk keputusan ni:
Total Serum Bilirubin
Plasma Direct bilirubin 49.0
Plasma indirect bilirubin 70.0
Plasma Total bilirubin 119.0

Bacaan above 40 masih dikira tinggi. doktor suruh ambil darah nahdan untuk buat ujian lagi sekali. doktor cakap selalunya kali kedua ni tahap bilirubin fungsi hati tu memang akan kurang. tapi just to be in the safe side. so, umi ok je. sebab itu yang terakhir kali nahdan akan diambil darah untuk jaundis.

salah satu sebab kuning lambat turun adalah disebabkan tali pusat nahdan lambat tanggal.
tali pusat tanggal pada minggu ke 3.

kesimpulannya kuning nahdan habis hampir nak sebulan. sama la juga dengan kakaknye. Lagi, umi ada jaundice susu ibu, jadi bertambah lambat la kuning dia nak turun. memang akan turun, cuma sikit-sikit. 

Nasihat: lain kali tak perlu lah nak bagi baby diambil darah banyak kali. bila dah tau kuning tu, terus je buat ujian fungsi hati. dari situ kita dah boleh tau apa masalahnya. kalau hanya disebabkan jaundis susu ibu, jadi tak payah la nak ambil darah hari2. kesian ngan baby kena cucuk di kaki untuk ambil darah. masa wani dulu siap ambil darah di tangan, tapi takde la sampai hari2. Kalau dah tau bukan masalah fungsi hati, kita tinggal monitor je tahap kekuningan jangan bagi sampai kebahagian kaki baby dan ambil darah pun 3/4 hari sekali ke..

Umi memang tak mahu campur dengan susu formula walau tahu umi jaundis susu ibu. selagi demam kuning Nahdan terkawal dan berkurang, umi teruskan juga dengan menyusu badan. Sebab walau apapun, susu ibu adalah yang terbaik. Kita dah usaha, doa dan tawakkal je lepas tu.

Umi dah cuba cari maklumat setakat ni, apa yang ada dalam susu ibu tu yang menyebabkan jaundis susu ibu, dan masih belum berjumpa dengan jawapannya. Nanti dah jumpa, umi update lagi.

Wednesday 7 August 2013

3 Bulan

Nahdan dah makin sihat dan Chubby. Last check up dah 7 kg! Umi sambung...... -abi

okeyyy.. ni umi sambung la ni.
kita cerita perkembangan Nahdan dalam 3 bulan ni.


  • nahdan dah pandai pegang barang. dia suka pegang kain.
  • baru pandai mengiringkan badan. belum meniarap lagi. tunggu nanti bila akhir 3 bulan agaknya.
  • bila nak tidur, suka dengar lagu. sudah tentu bacaan al-fatihah, 3 Qul, ayat Qursi dan surah al-insyirah akan dibacakan, kemudian zikir. bila umi dah penat, umi pasang lagu Andaiku tahu oleh UNGU. Tido la dia.
  • Pakcik-pakcik Nahdan semua kata Nahdan ni macam shin chan. Pipi gebusss. tenggelam hidung kekeke putih melepak pulak tu. Atok Amin cakap, seputih-putih Nahdan, putih lagi umi masa kecik. mak aiii.. macammana la tu
  • suka menjerit bila mood dia tengah baik.
  • senang nak bagi Nahdan ketawa. Kakaknya dulu sangat susah nak bagi dia ketawa.
  • di akhir 3 bulan, Nahdan dan mula mengiring kan badan. montot berat ler.. blm boleh meniarap lagi.
Anak umi yang comel. Ghazwan Nahdan. Setiap hari umi gomol2.. best betul cium bam bam umi abi ni.
Abg Arfan, Baby Nahdan, Kak Wani

Tuesday 6 August 2013

Catatan Sebuah Perjalanan Kita

" Yang selalu ditunggu-tunggu akhirnya datang. Sang Isteri, hatinya gembira ketika mengetahui bahawa dirinya tengah mengandung beberapa minggu. Seketika berita gembira ini dikhabarkan pada sang suami yang penat dengan kerjanya....

1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, dengan sangat hati-hati sang isteri menjaga kandungannya agar tetap sihat. Memilih makanan yang bergizi demi sang anak agar anaknya membesar dengan baik di dalam perut. Setiap pagi sang suami mengelus perut sang isteri yang kian hari kian membesar. “Nak, cepat lahir ya. boleh teman abi pergi mana2.” Sang isteri tidak terima, memasang wajah manja. “Jangan nak, jangan ikut abi. Nanti baca buku dengan ibu.” Keduanya tertawa, begitulah yang terjadi pada salah satu pagi bersama anak yang masih dalam kandungan.

Mendekati bulan kesembilan, sang isteri semakin hati-hati menjaga kandungannya, sementara abi semakin giat bekerja demi menyambut kelahiran sang anak tercinta. Betapa orang tua selalu menanti anaknya. Harinya telah tiba, sang suami tergopoh-gopoh membawa isterinya ke hospital. Mencari doktor terbaik dan hospital terbaik demi proses kelahiran anaknya. Ruangan lengkap dengan aircond pun tak kuasa menahan peluh yang mengalir keluar.

“Allahh..” Satu jeritan yang terdengar dari sang isteri, maka satu terbit doa dari sang suami, “Ya Allah, lindungilah isteri dan anakku.” Satu jeritan lagi terdengar, terbit satu doa lagi terucap, “Ya Allah, mudahkanlah segala urusan ini. Engkau adalah Maha segalanya, maka mudahkanlah proses kelahiran ini.” Satu jeritan lebih keras lagi terdengar, satu doa lagi terucap, “Ya Allah, hanya kepada-Mu aku memohon, hanya kepada-Mu aku meminta perlindungan. Izinkan aku untuk selalu bersama anak dan isteriku, mencintai mereka, dan menyayangi mereka kerana-Mu, ya Rabbi.”

“uwekkkk” satu tangisan halus dan nyaring pula terdengar. Semua yang menunggu di luar wad bersalin berdiri. Sang suami, hanya dengan satu tangisan keras tadi saja, dia tersungkur, bersujud, mengucapkan beribu-ribu syukur atas kelahiran anaknya. Tak hanya hatinya saja yang menginginkan kebahagiaan, tapi kini airmatanya deras mensyukuri apa yang baru saja Allah berikan padanya.
Itu hanya salah satu situasi. Betapa orang tua selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mulai dari kita belum lahir, hingga kita dewasa. Dan setelah kita dewasa, seperti jarang untuk melakukan yang terbaik untuk orang tua kita.

Untuk kalian yang semalam, hari ini, atau entah bila waktu yang lalu, yang sampai hari ini masih menyimpan marah pada orang tua kalian, yang sampai hari ini masih suka membantah, tidak sengaja berkata kasar, maka hentikan. Berkatalah yang lembut pada orang tua kita. Kerana jika masa lalu boleh diputar membawa kalian pada hari kelahiran kalian, pada saat-saat ketika kita masih kecil, belum tahu apa-apa, orang tua kita yang selalu berada disisi kita. Seboleh mungkin melindungi kita, dari gigitan nyamuk terkecil sekali pun.

Hari ini, sudahkah kita mengatakan sayang pada orang tua kita?