Saturday 24 August 2013

Jaundis

Nahdan didapati jaundis masa hari ke-5  sewaktu nak maklumkan dah bersalin pada klinik kesihatan KLIA. Disebabkan dah sampai klinik, terus buat check-up nahdan dan umi skali. Nurse nampak Nahdan dah mula kuning, ambil darah lagi di kaki. 

Di bawah ni adalah kronologi mengambil darah Nahdan. Rasa terkilan jugak la sebab kena datang setiap hari.. buat diri tak tenteram je.

22.4.2013 183.4 gmol/l
24.4.2013 207.7 gmol/l
25.4.2013
26.4.2013 213.8 gmol/l
29.4.2013 212.2 gmol/l
2.5.2013  202.4 gmol/l

dalam tempoh 14 hari pertama, memang akan ada turun naik bacaan bilirubin.

8.5.2013   176 gmol/l
disebabkan nahdan sudah dikategorikan sebagai prolong jaundice, doktor suruh hantar darah nahdan ke hospital seremban untuk uji fungsi hati. ujian ni untuk lihat samada kuning disebabkan hati bermasalah ataupun jaundis susu ibu.
direct (fungsi hati ) + indirect (susu ibu)

22.5.2013 dapat keputusan prolonge jaundice bagi direct + indirect = 119 gmol/l
pecahan untuk keputusan ni:
Total Serum Bilirubin
Plasma Direct bilirubin 49.0
Plasma indirect bilirubin 70.0
Plasma Total bilirubin 119.0

Bacaan above 40 masih dikira tinggi. doktor suruh ambil darah nahdan untuk buat ujian lagi sekali. doktor cakap selalunya kali kedua ni tahap bilirubin fungsi hati tu memang akan kurang. tapi just to be in the safe side. so, umi ok je. sebab itu yang terakhir kali nahdan akan diambil darah untuk jaundis.

salah satu sebab kuning lambat turun adalah disebabkan tali pusat nahdan lambat tanggal.
tali pusat tanggal pada minggu ke 3.

kesimpulannya kuning nahdan habis hampir nak sebulan. sama la juga dengan kakaknye. Lagi, umi ada jaundice susu ibu, jadi bertambah lambat la kuning dia nak turun. memang akan turun, cuma sikit-sikit. 

Nasihat: lain kali tak perlu lah nak bagi baby diambil darah banyak kali. bila dah tau kuning tu, terus je buat ujian fungsi hati. dari situ kita dah boleh tau apa masalahnya. kalau hanya disebabkan jaundis susu ibu, jadi tak payah la nak ambil darah hari2. kesian ngan baby kena cucuk di kaki untuk ambil darah. masa wani dulu siap ambil darah di tangan, tapi takde la sampai hari2. Kalau dah tau bukan masalah fungsi hati, kita tinggal monitor je tahap kekuningan jangan bagi sampai kebahagian kaki baby dan ambil darah pun 3/4 hari sekali ke..

Umi memang tak mahu campur dengan susu formula walau tahu umi jaundis susu ibu. selagi demam kuning Nahdan terkawal dan berkurang, umi teruskan juga dengan menyusu badan. Sebab walau apapun, susu ibu adalah yang terbaik. Kita dah usaha, doa dan tawakkal je lepas tu.

Umi dah cuba cari maklumat setakat ni, apa yang ada dalam susu ibu tu yang menyebabkan jaundis susu ibu, dan masih belum berjumpa dengan jawapannya. Nanti dah jumpa, umi update lagi.

Wednesday 7 August 2013

3 Bulan

Nahdan dah makin sihat dan Chubby. Last check up dah 7 kg! Umi sambung...... -abi

okeyyy.. ni umi sambung la ni.
kita cerita perkembangan Nahdan dalam 3 bulan ni.


  • nahdan dah pandai pegang barang. dia suka pegang kain.
  • baru pandai mengiringkan badan. belum meniarap lagi. tunggu nanti bila akhir 3 bulan agaknya.
  • bila nak tidur, suka dengar lagu. sudah tentu bacaan al-fatihah, 3 Qul, ayat Qursi dan surah al-insyirah akan dibacakan, kemudian zikir. bila umi dah penat, umi pasang lagu Andaiku tahu oleh UNGU. Tido la dia.
  • Pakcik-pakcik Nahdan semua kata Nahdan ni macam shin chan. Pipi gebusss. tenggelam hidung kekeke putih melepak pulak tu. Atok Amin cakap, seputih-putih Nahdan, putih lagi umi masa kecik. mak aiii.. macammana la tu
  • suka menjerit bila mood dia tengah baik.
  • senang nak bagi Nahdan ketawa. Kakaknya dulu sangat susah nak bagi dia ketawa.
  • di akhir 3 bulan, Nahdan dan mula mengiring kan badan. montot berat ler.. blm boleh meniarap lagi.
Anak umi yang comel. Ghazwan Nahdan. Setiap hari umi gomol2.. best betul cium bam bam umi abi ni.
Abg Arfan, Baby Nahdan, Kak Wani

Tuesday 6 August 2013

Catatan Sebuah Perjalanan Kita

" Yang selalu ditunggu-tunggu akhirnya datang. Sang Isteri, hatinya gembira ketika mengetahui bahawa dirinya tengah mengandung beberapa minggu. Seketika berita gembira ini dikhabarkan pada sang suami yang penat dengan kerjanya....

1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, dengan sangat hati-hati sang isteri menjaga kandungannya agar tetap sihat. Memilih makanan yang bergizi demi sang anak agar anaknya membesar dengan baik di dalam perut. Setiap pagi sang suami mengelus perut sang isteri yang kian hari kian membesar. “Nak, cepat lahir ya. boleh teman abi pergi mana2.” Sang isteri tidak terima, memasang wajah manja. “Jangan nak, jangan ikut abi. Nanti baca buku dengan ibu.” Keduanya tertawa, begitulah yang terjadi pada salah satu pagi bersama anak yang masih dalam kandungan.

Mendekati bulan kesembilan, sang isteri semakin hati-hati menjaga kandungannya, sementara abi semakin giat bekerja demi menyambut kelahiran sang anak tercinta. Betapa orang tua selalu menanti anaknya. Harinya telah tiba, sang suami tergopoh-gopoh membawa isterinya ke hospital. Mencari doktor terbaik dan hospital terbaik demi proses kelahiran anaknya. Ruangan lengkap dengan aircond pun tak kuasa menahan peluh yang mengalir keluar.

“Allahh..” Satu jeritan yang terdengar dari sang isteri, maka satu terbit doa dari sang suami, “Ya Allah, lindungilah isteri dan anakku.” Satu jeritan lagi terdengar, terbit satu doa lagi terucap, “Ya Allah, mudahkanlah segala urusan ini. Engkau adalah Maha segalanya, maka mudahkanlah proses kelahiran ini.” Satu jeritan lebih keras lagi terdengar, satu doa lagi terucap, “Ya Allah, hanya kepada-Mu aku memohon, hanya kepada-Mu aku meminta perlindungan. Izinkan aku untuk selalu bersama anak dan isteriku, mencintai mereka, dan menyayangi mereka kerana-Mu, ya Rabbi.”

“uwekkkk” satu tangisan halus dan nyaring pula terdengar. Semua yang menunggu di luar wad bersalin berdiri. Sang suami, hanya dengan satu tangisan keras tadi saja, dia tersungkur, bersujud, mengucapkan beribu-ribu syukur atas kelahiran anaknya. Tak hanya hatinya saja yang menginginkan kebahagiaan, tapi kini airmatanya deras mensyukuri apa yang baru saja Allah berikan padanya.
Itu hanya salah satu situasi. Betapa orang tua selalu berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mulai dari kita belum lahir, hingga kita dewasa. Dan setelah kita dewasa, seperti jarang untuk melakukan yang terbaik untuk orang tua kita.

Untuk kalian yang semalam, hari ini, atau entah bila waktu yang lalu, yang sampai hari ini masih menyimpan marah pada orang tua kalian, yang sampai hari ini masih suka membantah, tidak sengaja berkata kasar, maka hentikan. Berkatalah yang lembut pada orang tua kita. Kerana jika masa lalu boleh diputar membawa kalian pada hari kelahiran kalian, pada saat-saat ketika kita masih kecil, belum tahu apa-apa, orang tua kita yang selalu berada disisi kita. Seboleh mungkin melindungi kita, dari gigitan nyamuk terkecil sekali pun.

Hari ini, sudahkah kita mengatakan sayang pada orang tua kita?

Thursday 1 August 2013

Sebulan... dua bulan..


Kakak Wani & baby Nahdan
Nahdan memang berbeza dengan kakaknya Ghazwani Nuha.
Mungkin disebabkan Nahdan lahir awal 2 hari dari EDD (Expected Due Date). Lahir 18 April 2013 6.46am di KPJ Ampang Puteri.
Berat pun berbeza.. Menyusu pun boleh tahan. Baby boy memang kuat menyusu. sebab tu dia makin montel, ikut gene abi masa kecil dulu. Nahdan juga alhamdulillah lebih mudah untuk dijaga semasa dalam pantang berbanding kakaknya dulu. tapi kedua2nya ada jaundis. pasal tu nanti umi cerita dalam entri yang lain k.

ini secara ringkas perkembangan Nahdan untuk 1 bulan dan 2 bulan. (dah tangguh lama)

1 bulan

  1. Kuat menyusu. itu yang umi boleh highlight kan di sini.
  2. senang nak mandikan sebab nahdan dah boleh angkat kepala. badan pun tak lembik2. siap berdiri lagi tu bila dimandikan.
  3. Nahdan tidur malam di atas tilam. sebelah umi. waktu siang tidur di dalam buaian.
  4. monthly check-up di KK KLIA. berat = 4.3kg panjang 56cm


2 bulan

  1. dah pandai tengok tv. mata nahdan dah boleh nampak jauh.
  2. sangat suka bila kita ajak bercerita. dia akan membalas.
  3. pandai menggosok-gosok mata dengan tangan.. kadang2 geram tengok budak bertuah ni. kita takut je dia tercucuk mata sendiri.
  4. dah nampak betapa dia berusaha nak mengambil barang.
  5. Umi bercadang nak ambil cuti 2 bulan sahaja, tapi Nahdan masih tak nak berenggang dengan umi. orang lain jaga, dia akan menangis sampai tak ada suara. hebat budak sorang ni. Maka, umi sambung lagi cuti cukupkan 3 bulan.
  6. dah try bagi puting supaya dia takde la nak ngempeng dengan umi 24jam, tapi dia mengikut jejak langkah kakaknya.. memang reject puting terus.
  7. monthly check-up KK Ampang. berat = 5.4kg panjang 56cm
  8. Nahdan ni banyak rambut, siap ada kerak kepala lagi tu. Nenek kabong ajar cara nak hilangkan kerak kepala tu, sapukan dengan minyak kelapa. bila dah kembang, tanggalkan guna sikat rambut yang sekeping tu.. tukang urut umi pulak ajar guna berus gigi lembut. guna berus gigi memang tercabut banyak je la rambut nahdan.

ini je rasanya yang umi dapat ingat. nanti ada tambahan, abi buatkan ye.



















Kebesaran Allah - Kelahiran

Menyambut Kelahiran

Assalamualaikum..
Dah lama blog ni wujud tapi belum berkesempatan untuk update apa2 info.  Hari ni macam sempat nak update blog pasal kelahiran anak kedua, GHAZWAN NAHDAN. memang dah lama nak menaip pasal kisah kelahiran Nahdan, supaya tak lupa...kenangan....so bila nahdan dah besar nanti bolehlah dia baca macam mana dia dilahirkan. ;P (ni kira tunai janji untuk umi Nahdan..hehe)

Setiap bayi atau cahaya mata mempunyai hal unik dan keistimewaan sendiri ketika melalui proses kelahiran, begitu juga dengan Nahdan. Ada yang mudah, ada yang payah. Saat seluruh bukaan telah atau hampir lengkap, ketuban akan pecah, tapi tak pelik juga ketuban harus dipecahkan jika telah sampai masanya. Tetapi, Waspada jika ketuban pecah sebelum waktunya.

Saya melihat sendiri proses kontraksi kedua-dua anak yang mengalami kelahiran secara normal. Dua kali kelahiran saya harus membantu menenangkan isteri kerana pada ketika itu isteri dan anak yang bakal dilahirkan seperti bertarung nyawa untuk berperang..rasanya lah. Dengan kontraksi yang semakin kerap pada setiap minit  saya mendengar isteri mengatakan seperti akan buang air besar kerana ada tekanan yang besar di daerah anus. Rasa ini akan muncul saat bukaan belum penuh. Sister (senior nurse) melarang isteri untuk meneran jika belum bukaan 10cm untuk menghindari bengkaknya vagina. Untuk itu, bagi mengurangi dan mengendalikan rasa sakit, sister akan menyarankan untuk menghirup nafas dari hidung dan melepaskan perlahan-lahan melalui mulut tiap kali timbul kontraksi dan dorongan untuk meneran. Ada kala sister suh sedut gas apa ntah nama kalo datang rasa sakit masa kontraksi.
Cara kelahiran anak memang berbeza. baby yang kedua susah dilahirkan berbanding yang pertama. proses meneran berlaku lebih 5 kali. Saat kepala baby sudah terlihat, doktor akan meminta untuk mula push yang paling kuat dan terakhir, maka baby akan terlahir di dunia. Menurut doktor, teknik mengeran isteri salah kerana dia mengeran dari leher. Mungkin itu sebabnya, doktor mengarahkan saya turut membantu mendorong badan isteri agar baby mudah dilahirkan. Berat baby 3.64kg berbanding jangkaan 3.00kg je. Besar betul budak tu. 

Selepas diazankan, nahdan terus dibagi susu badan. InsyaAllah, dia dapat macam kakak wani "penyusuan eksklusif" (petikan kata umi wani). Terpandangkan bayi dan isteri selamat, saya sedar inilah tanggungjawab besar yang akan kami pikul bersama saat Allah menganugerahkan kehidupan baru dalam hubungan pernikahan kami dengan kehadiran bayi kedua yang sihat dan gebu.
Walaupun detik-detik kelahiran anak-anak kami tidak sempat dirakam melalui lensa kamera, namun ingatan akan saat-saat kelahiran mereka sentiasa lekat dalam memori.  Kerana saat-saat itulah saat yang paling berharga dalam hidup saya.

Buat Isteri, TERIMA KASIH KERANA TELAH MELAHIRKAN ZURIAT YANG COMEL....