Thursday 1 August 2013

Kebesaran Allah - Kelahiran

Menyambut Kelahiran

Assalamualaikum..
Dah lama blog ni wujud tapi belum berkesempatan untuk update apa2 info.  Hari ni macam sempat nak update blog pasal kelahiran anak kedua, GHAZWAN NAHDAN. memang dah lama nak menaip pasal kisah kelahiran Nahdan, supaya tak lupa...kenangan....so bila nahdan dah besar nanti bolehlah dia baca macam mana dia dilahirkan. ;P (ni kira tunai janji untuk umi Nahdan..hehe)

Setiap bayi atau cahaya mata mempunyai hal unik dan keistimewaan sendiri ketika melalui proses kelahiran, begitu juga dengan Nahdan. Ada yang mudah, ada yang payah. Saat seluruh bukaan telah atau hampir lengkap, ketuban akan pecah, tapi tak pelik juga ketuban harus dipecahkan jika telah sampai masanya. Tetapi, Waspada jika ketuban pecah sebelum waktunya.

Saya melihat sendiri proses kontraksi kedua-dua anak yang mengalami kelahiran secara normal. Dua kali kelahiran saya harus membantu menenangkan isteri kerana pada ketika itu isteri dan anak yang bakal dilahirkan seperti bertarung nyawa untuk berperang..rasanya lah. Dengan kontraksi yang semakin kerap pada setiap minit  saya mendengar isteri mengatakan seperti akan buang air besar kerana ada tekanan yang besar di daerah anus. Rasa ini akan muncul saat bukaan belum penuh. Sister (senior nurse) melarang isteri untuk meneran jika belum bukaan 10cm untuk menghindari bengkaknya vagina. Untuk itu, bagi mengurangi dan mengendalikan rasa sakit, sister akan menyarankan untuk menghirup nafas dari hidung dan melepaskan perlahan-lahan melalui mulut tiap kali timbul kontraksi dan dorongan untuk meneran. Ada kala sister suh sedut gas apa ntah nama kalo datang rasa sakit masa kontraksi.
Cara kelahiran anak memang berbeza. baby yang kedua susah dilahirkan berbanding yang pertama. proses meneran berlaku lebih 5 kali. Saat kepala baby sudah terlihat, doktor akan meminta untuk mula push yang paling kuat dan terakhir, maka baby akan terlahir di dunia. Menurut doktor, teknik mengeran isteri salah kerana dia mengeran dari leher. Mungkin itu sebabnya, doktor mengarahkan saya turut membantu mendorong badan isteri agar baby mudah dilahirkan. Berat baby 3.64kg berbanding jangkaan 3.00kg je. Besar betul budak tu. 

Selepas diazankan, nahdan terus dibagi susu badan. InsyaAllah, dia dapat macam kakak wani "penyusuan eksklusif" (petikan kata umi wani). Terpandangkan bayi dan isteri selamat, saya sedar inilah tanggungjawab besar yang akan kami pikul bersama saat Allah menganugerahkan kehidupan baru dalam hubungan pernikahan kami dengan kehadiran bayi kedua yang sihat dan gebu.
Walaupun detik-detik kelahiran anak-anak kami tidak sempat dirakam melalui lensa kamera, namun ingatan akan saat-saat kelahiran mereka sentiasa lekat dalam memori.  Kerana saat-saat itulah saat yang paling berharga dalam hidup saya.

Buat Isteri, TERIMA KASIH KERANA TELAH MELAHIRKAN ZURIAT YANG COMEL....

3 comments:

  1. gas otonox sayang. hehe sedut byk2 terus khayal.

    you're welcome dear.. yg ketiga tunggu 2 tahun lg ye.. insyaAllah ;p

    ReplyDelete
  2. tunggu setahun? x brapa jelas pulak tulisan tadi tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Abi noob.. komen guna profile umi. haha

    ReplyDelete