Wednesday 18 September 2013

Finally SSC sleeping dust is working for him


Umi thinks Nahdan is not suitable to be carried in a ring sling. Senget badan umi lepas tu. so, here Nahdan is sleeping for the first time is a Soft Structure Carrier (SSC) Merak buckle-less (ring-tai) by NeezaNeedles.

Umi was thinking to buy another SSC which is lighter or a wrap maybe.. now still scanning which one to buy.

4 bulan

BMI

  • dah start menghisap barang2..
  • ingatkan lepas cuti raya 2 minggu, payah le nak bagi nahdan susu botol. Alhamdulillah, pengasuh mudah nak bagi dia susu botol. seminggu umi train balik guna botol, asyik menggigit puting je, siap tolak guna lidah. pastu ada masa nak pulak susu botol. ikut mood dia le tu.
  • Nahdan dah kurang nak muntah susu. sebelum ni bila lepas nyusu je, mesti muntah.
  • ketembaman nahdah semakin terserlah. betul2 shin chan la.
shin chan pipi senget
  • masa pi klinik kesihatan, ramai ler geram tgk dia. nurse2 pun terkejut je.. bila tgk BMI, nahdan dan dekat dengan border line terlebih berat. hehe tp nurse kata, disebabkan nahdan susu badan sepenuhnya, so, tak pe..
  • berat 7.8kg panjang 62cm
  • tangan dah makin rancak mencapai barang2.
  • dah pandai meniarap tapi kita yang kena bantu sikit. mungkin sebab badan besar kot, tu yang tek berapa rajin nak meniarap. lagi nahdan ni suka dipegang duduk. dah besar la konon. bila bagi baring, kepala dia asyik diangkat-angkat.
  • Senang betul nak bagi nahdan ketawa. penggeli la orang bilang. geletek je dia ketawa. tambah lagi masa mood tengah baik, lagi kuat dia ketawa.
  • Nahdan ramai peminat. hehe dah budak comel lagi montel. Kadang-kadang umi bawa juga Nahdan ke sekolah.
  • Tidur malam, alhamdulillah Nahdan tak banyak ragam. Nahdan senang sikit nak jaga berbanding kakaknya dulu. mungkin sebab umi tak larat nak dukung Nahdan lama-lama...
  • Tapi ada masa di rumah pengasuh, Nahdan akan menangis lama. Kesimpulan yang umi boleh buat ialah Nahdan ni sangat manja dengan umi. serius.
  • Yang bagusnya, Nahdan tak takut orang. Dia nak dengan semua orang. Macam kakaknye dulu.
  • Umi masih belum mula pakaikan Nahdan Cloth diaper (CD). Koleksi CD memang dah banyak, tapi nak guna tu tak dimulakan lagi. Ye la start dari tak da air di ampang aritu.. kemudian dah malas pulak nak guna. 
  • Ruam pun senang naik. terutama di leher. iye la, leher duk tersembunyi je. hihi Umi guna sabun tropika tu macam tak sesuai. Umi tukar balik ke sabun teddie baby.
  • Bekas gigitan nyamuk pun payah nak hilang. kulit sensitif.
steady je hero ni kan..